Murid tahun 4 tidak mengalamai apa-apa kecederaan tetapi murid tahun 2 ini terpaksa dihantar ke Hospital Tapah untuk mendapat rawatan kerana pipinya bengkak menyebabkan pihak sekolah mengambil tindakan segera kerana ibubapanya tidak dapat dihubungi ekoran daripada kediaman mereka jauh di dalam hutan. Tugas guru jugalah yang menghantar murid ini ke hospital dengan seberapa segera agar tiada kejadian yang tidak diingini berlaku.Selepas mendapat rawatan di Unit Rawatan Kecemasan dan Trauma Hospital Tapah, murid ini dirujuk kepada Unit Pergigian Klinik Komuniti Tapah bagi memeriksa sekirannya ada kecederaan pada kawasan gigi dan tulang. Daripada pukul 10.30 hingga 3.30 petang hasil daripada pemeriksaan mendapati tiada retakan pada tulang murid ini. Alhamdulillah, murid dibenarkan pulang dan diberikan ubat.
Minggu lalu, selepas acara sukan mini sekolah berlangsung berlaku kemalangan kecil kepada sorang murid tahun 2. Semasa murid ini bermain berlari-lari bersama rakannya, tanpa disedari dia telah bertembung dengan murid tahun 4 menyebabkan bahagian pipi murid tahun 2 ini menghentam kepala murid tahun 4.
Daripada meja pengarang
Kepada pembaca yang bakal menulis komen di ruang bawah iniGuru-guru, Ibu-bapa dan orang awam dinasihati untuk menulis komen yang membina. Komen-komen yang tidak sepatutnya ditulis akan dipadam dengan serta merta. Pihak admin tidak bertanggungjawab dengan komen yang diberi Komen hendak lah diberikan dalam bentuk yang intelektual dan bukan semata-mata emosi. Mari sama-sama kita membantu meningkatkan kecemerlangan anak-anak murid kita demi agama, bangsa dan tanah air .
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Post a Comment