24/10/2013- Hari ini merupakan hari terakhir kelas KEDAP. Hampir 6 bulan program ini dijalankan , dengan pelbagai aktiviti bersama murid-murid. Banyak kenangan yang tidak boleh dilupakan. Mengajar murid dewasa berbeza dengan mengajar murid biasa. Kaedah dan pendekatan yang dilaksanakan juga sedikit berbeza. Walaupun dikalangan mereka ada yang sudah berumur, tetapi semangat dan penglibatan mereka dalam aktiviti yang dijalankan amat membanggakan. Kepada semua murid KEDAP 2013, gunakan ilmu yang telah dipelajari bagi memajukan hidup. Cari ruang untuk memajukan diri, mendidik anak dan membentuk masyarakat yang berpendidikan. Semoga maju jaya....
Daripada meja pengarang
Kepada pembaca yang bakal menulis komen di ruang bawah iniGuru-guru, Ibu-bapa dan orang awam dinasihati untuk menulis komen yang membina. Komen-komen yang tidak sepatutnya ditulis akan dipadam dengan serta merta. Pihak admin tidak bertanggungjawab dengan komen yang diberi Komen hendak lah diberikan dalam bentuk yang intelektual dan bukan semata-mata emosi. Mari sama-sama kita membantu meningkatkan kecemerlangan anak-anak murid kita demi agama, bangsa dan tanah air .
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Post a Comment