KEPUTUSAN LIGA BOLA JARING ANTARA RUMAH SUKAN TAHUN 5

0 comments
Bulan Julai semakin hampir ke penghujungnya. Begitu juga Liga Bola Jaring dan Futsal antara rumah sukan yang dipertandingkan sempena Bulan Kecergasan SK Batu Tujuh 2013. Liga Bola Jaring dan Futsal antara Rumah Sukan Tahun 5 telah dijalankan pada hari Selasa dan Jumaat. Hari ini, semua rumah telah bertanding antara satu sama lain. Apa yang menarik, mutu permainan pemain semakin meningkat dari minggu ke minggu. Beberapa bakat baru yang berpotensi turut dapat dikenal pasti. Para pemain menunjukkan semangat kesukanan yang tinggi melalui pertandingan ini. Masing-masing berjuang hingga ke minit terakhir bagi menambah jaringan mata rumah masing-masing.

Keputusan bagi Liga Bola Jaring Antara Rumah Sukan Tahun 5 adalah seperti berikut:

JOHAN            : Rumah Hijau
NAIB JOHAN : Rumah Merah
KETIGA           : Rumah BiruRumah Biru
KEEMPAT       : Rumah Kuning

Tahniah diucapkan kepada semua pemain yang telah memberikan yang terbaik untuk rumah masing-masing. Majulah sukan untuk kecemerlangan.

"Yang menang jangan sombong,                                                                yang kalah jangan merajuk"
~Senyum-senyum selalu..... (^_________________^)







Post a Comment