Saja nak berkongsi rasa dan kisah di sini, sebab teruja dengan hasil kerja anak murid sendiri yang melangkaui jangkaan. ^_^
Al-kisahnya, saya diamanahkan untuk mengajar mata pelajaran Dunia Seni Visual tahun 3 Dinamik. Awal Julai yang lalu, bila disemak di Rancangan Pengajaran Tahunan, tibalah masa mengajar tajuk Barangan Perhiasan Diri.
Sebelum menghasilkan barangan, haruslah memperkenalkan dulu apa itu barang perhiasan diri dan mengorek bagaimana ia dihasilkan. Maka, murid-murid Cik Naz pun menyenaraikan barang-barang perhiasan diri yang mereka tahu di peta buih.
Selepas itu, mereka fikirkan pula macamana nak cipta barang perhiasan untuk diri mereka sendiri.
Kertas majalah atau surat khabarnya nak digulung bagi jadi macam ni. Sumber : http://meloyatimes.blogspot.com/2013/04/love-earth-love-life-kl-festival-city.html |
Setelah berhempas-pulas menggulung 10 keping kertas majalah berbentuk segitiga sehingga menjadi seperti bentuk di atas dan bersabar memilih manik mengikut pilihan hati masing-masing, maka mereka pun mulalah merangkai dan menyusun manik mengikut gaya dan cara masing-masing. Apa yang mengujakan, ada antara mereka yang dapat menggulung kertas dengan kemas, memilih warna manik yang sesuai dengan gulungan kertas dan seterusnya menghasilkan gelang atau rantai yang kemas dan menarik. Murid lelaki pun boleh buat juga. ^_^
3 Terborrrrr!!! |
Post a Comment