Hari Terakhir KEDAP 2013

0 comments
24/10/2013- Hari ini merupakan hari terakhir kelas KEDAP. Hampir 6 bulan program ini dijalankan , dengan pelbagai aktiviti bersama murid-murid. Banyak kenangan yang tidak boleh dilupakan. Mengajar murid dewasa berbeza dengan mengajar murid biasa. Kaedah dan pendekatan yang dilaksanakan juga sedikit berbeza. Walaupun dikalangan mereka ada yang sudah berumur, tetapi semangat dan penglibatan mereka dalam aktiviti yang dijalankan amat membanggakan. Kepada semua murid KEDAP 2013, gunakan ilmu yang telah dipelajari bagi memajukan hidup. Cari ruang untuk memajukan diri, mendidik anak dan membentuk masyarakat yang berpendidikan. Semoga maju jaya....































Post a Comment

Pemantauan KEDAP oleh IPGM

0 comments
22 OKT 2013 - Pemantauan KEDAP Subjek ICT dalam Bahasa Melayu. Pemantauan dilakukan selama 2 jam untuk melihat kesan subjek dan pencapaian murid. Pemantau ini fokus kepada kaedah pengajaran guru dalam kelas KEDAP.



















Post a Comment

Acara Sukan Tahunan untuk ibubapa : Pertandingan Panjat Batang Pinang

1 comments
7 Okt 2013 - Berlansungnya Pertandingan Panjat Batang Pinang untuk ibubapa SK Batu Tujuh. Acara ini mendapat sambutan hangat oleh ibubapa ekoran hadia yang cukup lumayan yang ditawarkan. Seramai 12 pasukan telah mendaftarkan diri dalam pertandingan ini. Pelajar KEDAP juga tidak melepaskan peluang untuk sama-sama merebut peluang yang tersedia. Pasukan KEDAP diwakili oleh Aziz, Azari dan Amsin berjaya menjadi juara untuk pertandingan ini setelah 2 kali cubaan dilakukan.























































































1 comment

Post a Comment