Pendaftaran Murid Tahun 1 dan Prasekolah sesi 2014

0 comments
26 DIS - Pendaftaran murid tahun 1 dan prasekolah untuk sesi 2014 telah berlangsung. Pada hari pertama ini kelihatan wajah mereka penuh semangat untuk memulakan pembelajaran baru. Majlis pendaftaran dimulakan dengan bacaan doa oleh Sahibu Samaha Al-Fadil Al Ustaz Hisan. Kemudian di ikuti dengan taklimat oleh PK Hem dan PK Pentadbiran kepada ibubapa yang hadir.





















Post a Comment

Hari Terakhir KEDAP 2013

0 comments
24/10/2013- Hari ini merupakan hari terakhir kelas KEDAP. Hampir 6 bulan program ini dijalankan , dengan pelbagai aktiviti bersama murid-murid. Banyak kenangan yang tidak boleh dilupakan. Mengajar murid dewasa berbeza dengan mengajar murid biasa. Kaedah dan pendekatan yang dilaksanakan juga sedikit berbeza. Walaupun dikalangan mereka ada yang sudah berumur, tetapi semangat dan penglibatan mereka dalam aktiviti yang dijalankan amat membanggakan. Kepada semua murid KEDAP 2013, gunakan ilmu yang telah dipelajari bagi memajukan hidup. Cari ruang untuk memajukan diri, mendidik anak dan membentuk masyarakat yang berpendidikan. Semoga maju jaya....































Post a Comment

Pemantauan KEDAP oleh IPGM

0 comments
22 OKT 2013 - Pemantauan KEDAP Subjek ICT dalam Bahasa Melayu. Pemantauan dilakukan selama 2 jam untuk melihat kesan subjek dan pencapaian murid. Pemantau ini fokus kepada kaedah pengajaran guru dalam kelas KEDAP.



















Post a Comment