KEPUTUSAN LIGA BOLA JARING ANTARA RUMAH SUKAN TAHUN 5

0 comments
Bulan Julai semakin hampir ke penghujungnya. Begitu juga Liga Bola Jaring dan Futsal antara rumah sukan yang dipertandingkan sempena Bulan Kecergasan SK Batu Tujuh 2013. Liga Bola Jaring dan Futsal antara Rumah Sukan Tahun 5 telah dijalankan pada hari Selasa dan Jumaat. Hari ini, semua rumah telah bertanding antara satu sama lain. Apa yang menarik, mutu permainan pemain semakin meningkat dari minggu ke minggu. Beberapa bakat baru yang berpotensi turut dapat dikenal pasti. Para pemain menunjukkan semangat kesukanan yang tinggi melalui pertandingan ini. Masing-masing berjuang hingga ke minit terakhir bagi menambah jaringan mata rumah masing-masing.

Keputusan bagi Liga Bola Jaring Antara Rumah Sukan Tahun 5 adalah seperti berikut:

JOHAN            : Rumah Hijau
NAIB JOHAN : Rumah Merah
KETIGA           : Rumah BiruRumah Biru
KEEMPAT       : Rumah Kuning

Tahniah diucapkan kepada semua pemain yang telah memberikan yang terbaik untuk rumah masing-masing. Majulah sukan untuk kecemerlangan.

"Yang menang jangan sombong,                                                                yang kalah jangan merajuk"
~Senyum-senyum selalu..... (^_________________^)







Post a Comment

Guru Penyayang bezanya di Sekolah Kebangsaan (Asli)

0 comments
Mungkin berbeza cabaran guru di setiap sekolah, begitu juga yang istimewa cabaran di sekolah ini. Sekolah Kebangsaan Batu Tujuh merupakan antara sekolah asli terbesar di Malaysia dengan jumlah murid seramai 517 orang.  Kebersihan merupakan isu yang sering mendapat perhatian dikalangan guru. Kebersihan murid akan sentiasa dipantau bagi memastikan mereka bebas daripada bakteria dan penyakit semampu mungkin. Pendedahan dan kempen sering dilakukan bagi memastikan murid sentiasa bersih dan sihat, tetapi ada juga murid yang tidak peka dengan kebersihan ini sehingga memerlukan bantuan guru untuk merapikan mereka.








Post a Comment

Mari mewarna

0 comments







Post a Comment

PERHIASAN DIRI_DSV TAHUN 3 D

0 comments
Assalamualaikum warahmatullah dan selamat sejahtera.

Saja nak berkongsi rasa dan kisah di sini, sebab teruja dengan hasil kerja anak murid sendiri yang melangkaui jangkaan. ^_^

Al-kisahnya, saya diamanahkan untuk mengajar mata pelajaran Dunia Seni Visual tahun 3 Dinamik. Awal Julai yang lalu, bila disemak di Rancangan Pengajaran Tahunan, tibalah masa mengajar tajuk Barangan Perhiasan Diri.

Sebelum menghasilkan barangan, haruslah memperkenalkan dulu apa itu barang perhiasan diri  dan mengorek bagaimana ia dihasilkan. Maka, murid-murid Cik Naz pun menyenaraikan barang-barang perhiasan diri yang mereka tahu di peta buih.


Selepas itu, mereka fikirkan pula macamana nak cipta barang perhiasan untuk diri mereka sendiri.



Pada minggu berikutnya, adalah beberapa orang murid yang bawa barang-barang yang dipesan seperti benang, butang katup / butang biasa, kertas majalah atau kertas surat khabar. Sebagai tambahan, Cik Naz bawa manik berwarna-warni untuk mereka pilih dan sesuaikan dengan barang hiasan mereka.

Kertas majalah atau surat khabarnya nak digulung bagi jadi  macam ni.
Sumber : http://meloyatimes.blogspot.com/2013/04/love-earth-love-life-kl-festival-city.html

Setelah berhempas-pulas menggulung 10 keping kertas majalah berbentuk segitiga sehingga menjadi seperti bentuk di atas dan bersabar memilih manik mengikut pilihan hati masing-masing, maka mereka pun mulalah merangkai dan menyusun manik mengikut gaya dan cara masing-masing. Apa yang mengujakan, ada antara mereka yang dapat menggulung kertas dengan kemas, memilih warna manik yang sesuai dengan gulungan kertas dan seterusnya menghasilkan gelang atau rantai yang kemas dan menarik. Murid lelaki pun boleh buat juga. ^_^






3 Terborrrrr!!!
Salah satu daripada hasil 3 terbaik tu Cik Naz ambil untuk simpan sebagai evidens. Setiap hari Lisda (murid yang menghasilkan rantai tersebut) minta rantai dia. Minggu seterusnya tak sanggup dah dengar dia minta, Cik Naz pulangkan pada dia. Maka, gambar ini sajalah yang tinggal sebagai evidens. Lepas ni nak kena buat alat pertahanan diri pula. Hmmm,... idea.... idea...... loadingggggggggggg............ ^_______________^



Post a Comment

Jurnal KEDAP : Proses Pemikiran i-Think. Mengaplikasi konsep i-think dalam kelas KEDAP

0 comments
Sekolah Kebangsaan Batu Tujuh dipilih sebagai sekolah yang melaksanaan penggunaan konsep i-Think. i-Think merupakan proses pemikiran yang menggunakan kaedah peta minda atau peta pemikiran untuk mengumpul dan mencari maklumat, oleh itu kaedah ini diserapkan dalam kelas KEDAP untuk memastikan murid dewasa tidak terlepas dari arus perubahan yang berlaku.













Post a Comment

Mewarna : Saya Anak Malaysia

0 comments



Post a Comment

Jurnal Guru : Wang Tahun 1

0 comments
Hari ini mula masuk topik wang, Perkara pertama yang perlu murid tahu adalah mengenali bentuk wang, rasa dan menyalin bentuk corak dan rupa wang itu. Murid memulakan aktiviti PDP dengan membezakan wang syiling Malaysia dan syiling dari negara lain. Kemudian Murid perlu memejam mata dan mengambil duit didalam bekas, murid perlu meneka berapakah nilai duit yang diambil..


Apabila murid menjawab dengan betul, murid perlu memasukan duit berkenaan kedalam bekas kecil. Permainan ini akan berterusan sehingga semua murid telah mengambil giliran.




Bagi aktiviti seterusnya, murid tidak dibenarkan untuk melihat duit yang telah diletakkan dibawah kertas A4 yang diberikan. Murid perlu mengitamkan kertas yang dibawahnya terdapat duit syiling untuk mengetahui nilai duit syiling yang terdapat disebalik kertas A4. Murid menulis nilai duit syiling berkenaan.





Post a Comment

Jurnal KEDAP : Merakam dan memuat naik video ke laman sesawang Youtube

0 comments
Murid-murid KEDAP diberi pendedahan penggunaan teknologi untuk kepentingan kehidupan mereka. Kali ini mereka diajar untuk merakam dan memuat naik video mereka sendiri ke laman sesawang Youtube.









Post a Comment

Perasmian Ihya' Ramadhan

0 comments
Perasmian Ihya' Ramadhan

Tarikh : 22 Julai 2013
Tempat : Dataran Perhimpunan SKBT
Anjuran : Panitia  Agama Islam

Pelancaran program Ihya' Ramadhan diperkenalkan bagi memberi pendedahan dan maklumat kepada pelajar beragama islam terutamanya untuk sama-sama menghayati keindahan bulan suci ini. Antara program yang dimaklumkan oleh Ketua Panitia  Agama islam iaitu Ustazah Shahidah adalah program Ceramah Ihya Ramadhan dimana murid-murid diberikan sedikit input ramadhan dan latihan bacaan Iqra' yang dilakukan pada waktu rehat murid. Pelancaran Tabung Ihya Ramadhan juga dilancarkan bagi mengutip dana untuk diberikan kepada murid beragama islam menyambut lebaran nanti.






bacan Iqra 4 oleh  Adik Elfiky Tahun 3 Dinamik






Post a Comment

Hubungi Kami : SEKOLAH KEBANGSAAN BATU TUJUH

0 comments
SEKOLAH KEBANGSAAN BATU TUJUH,
JALAN PAHANG,
35000 TAPAH, PERAK.

NO TEL/FAX : 05-4010735
EMAIL : skbtprk@yahoo.com




Post a Comment