TENNIS PLAY & STAY FASA I 2013

0 comments
PROGRAM TENNIS PLAY & STAY FASA I 2013

Tarikh : 21 - 23 Jun 2013
Tempat : Pusat Kecemerlangan Sukan Pasir Puteh, Ipoh
Anjuran : Persatuan Lawn Tenis Perak dan JPN Perak

Seramai 6 orang murid-murid SK Batu Tujuh yang terdiri daripada murid tahun 3, 4 dan 5 telah menyertai program ini. Mereka adalah Nasliyaalina a/p Rozi (3 D), Syahirah a/p Long Jimi (5 K), Elyana a/p Abd Ghani (5 D), Bah Deli a/l Bah Taloi (4 K), Amirol a/l Idris (5 K) dan Ejai a/l Bah Rudy (5 D). Dua orang guru turut terlibat dalam program berbentuk hands-on coaching ini iaitu Puan Khairiyatul Basyirah bt Muhammad Muridun dan Puan Wan Nur Nazirah bt Mohd Akhir. 

Program ini bertujuan untuk mendedahkan teknik latihan yang santai dan menyeronokkan bagi menarik minat kanak-kanak bermain tenis. Guru-guru turut diberikan buku panduan dan taklimat kejurulatihan oleh Mr Taisto dari Finland. Program ini akan diteruskan ke Fasa II pada bulan Ogos ini.







Post a Comment